Monday, 27 January 2014


TENTANG KAMI


Langkah Kanan Resources adalah sebuah perniagaan Perseorangan milik penuh bumiputra yang menjalankan kerja-kerja percetakan, kerja-kerja pengiklanan luaran dan dalaman, mahupun apa sahaja kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang percetakan. Telah ditubuhkan pada 06hb Jun 2007. Kini Kami beroperasi di premis baru yang beralamat di B-17, Lorong Padang Permai 40, Perumahan Padang Permai, Jalan Kuantan-Sg. Lembing, 25200 Kuantan Pahang. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan 357-02125661 (Taraf Bumiputera) 

Perniagaan ini telah beroperasi di sekitar Kuantan amnya, di mana terdapat bilangan penduduk yang padat dan juga keperluan perkhidmatan percetakan amat diperlukan sejajar dengan perkembangan Kuantan yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk perlancong asing dan juga keperluan orang ramai untuk mecetak bahan-bahan dokumentasi dan juga kami akan meluaskan skop perniagaan kami ke luar Negeri Pahang.

Walaupun usia Langkah Kanan Resources masih muda namun ia diterajui oleh individu yang berpengalaman dalam bidang pengiklanan dan percetakan. Semenjak syarikat ini beroperasi, Langkah Kanan Resource telah diberi kepercayaan menerbitkan majalah-majalah, risalah, membuat banner, buku aturcara, cenderamata dan banyak lagi.



Secara keseluruhannya kami menbuat permasaran secara bersepadu melalui jabatan-jabatan kerajaan dan pihak agensi swasta. Kami dapat menjangkakan satu persaingan yang  sangat sihat apabila membuka perniagaan ini kerana terdapat banyak persaing-persaing yang telah lama bertapak dan menguatkan semangat kami untuk terus maju di dalam perniagaan yang begitu konsisten  di  pasaran  dengan  satu  tujuan  untuk  memajukan  diri sebagai usahawan bumiputera yang berjaya satu hari nanti.


Akhir kata kami juga memerlukan sokongan daripada semua pihak yang ingin mencuba dan berurusan dengan Syarikat Langkah Kanan Resources. Kami juga berbesar hati untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan sekiranya ada kesulitan atau kekurangan semasa berurusan dengan pihak anda, kami seluruh warga Langkah Kanan Resources memohon komen yang positif.



MOTO

" Let Us CREATE for You"


VISI

Menghasilkan produk yang berkualiti tanpa membelakangkan kehendak pelanggan.


MISI

Menyahut seruan Kerajaan yang mahukan usahawan Bumiputera mampu berdiri, berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara & dapat berkhidmat kepada Masyarakat, Bangsa & Agama.


FALSAFAH SYARIKAT

Kreatif dan inovatif terhadap pekerjaan ibarat sesuatu kerja yang patut dilaksanakan oleh tiga orang mampu dilakukan oleh satu orang sahaja.

No comments:

Post a Comment